Isnin, 3 April 2017

Pengurus perhubungan pelanggan bebas diperlukan

Khasiat Myrrh

Anda mahukan pendapatan berterusan tetapi tidak mahu menjual produk? Jangan bimbang, anda boleh bantu agen Morha bagaimana menjual dan kami bayar anda untuk tugas tersebut.

Produk dijamin berkualiti dan kami mempunyai rekod pembelian berulang yang amat tinggi. Tanpa modal. Latihan disediakan.

Syarikat Morha adalah peneraju pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan resin myrrh yang digabungkan dengan herba terbaik nusantara dan dunia.

Ketahui khasiat resin myrrh yang dianugerahkan Allah taala:

1) Cleansing (agen pembersihan)
Myrrh meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Para pengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa myrrh menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Disinfectant and Antiviral (Anti jangkitan dan Antivirus)
Resin myrrh tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana ia bersifat anti-virus. Myrrh boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Astringent (Agen Pengecutan)
Myrrh membantu mengecut otot, usus dan organ dalaman yang lain termasuk pada kulit, serta boleh membantu mengukuhkan gusi. Myrrh juga menguatkan akar rambut, yang secara teorinya mampu memerangi kebotakan.

Satu lagi aspek penting daripada resin ini ialah bahawa ia menghentikan pendarahan akibat luka-luka, dan berupaya menghalang kehilangan banyak darah apabila cedera.

4) Expectorant (Ekspektoran)
Myrrh berkesan melawan  batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan kesesakan dan membuang kahak.

5) Ulcer Therapy (Terapi ulser)
Dalam satu kajian ke atas haiwan di makmal, suplemen dengan myrrh dapat meningkat jumlah sel darah putih dan membantu menahan serangan ulser serta mengekalkan ketahanan semasa proses penyembuhan ulser.

6) Fungicide (Anti kulat)
Myrrh juga berfungsi menghalang dan membunuh kulat. Ia boleh digunakan secara dalaman dan luaran untuk memerangi jangkitan kulat.

7) Stimulant (Perangsang)
Minyak daripada myrrh baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

8) Carminative
Minyak haruman daripada myrrh membantu menghilangkan bau kurang enak dan memberi lebih keselesaan apabila berada di khalayak ramai.

9) Anti-cancer (Anti kanser)
Lebih daripada satu kajian mendapati myrrh membantu tubuh manusia melawan kanser dan kesimpulan dibuat bahawa myrrh menunjukkan potensi yang baik sebagai pilihan semula jadi dalam merawat kanser prostat.

10) Diaphoretic (Perpeluhan)
Ia merangsang pengeluaran peluh dan mengekalkan tubuh bebas daripada garam tambahan, racun, dan pembendungan cecair berlebihan. Berpeluh membantu penyingkiran gas berbahaya seperti nitrogen serta membersihkan liang-liang kulit.

11) Antiseptic (Antiseptik)
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jika anda mempunyai myrrh dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

12) Immune Booster (Booster Imun)
Minyak daripada myrrh mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

14) Anti inflammatory (Anti radang)
Minyak daripada myrrh sesuai bagi mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular termasuk keradangan disebabkan oleh pengambilan makanan panas terlalu banyak.

15) Antispasmodic (Antispasmodic)
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

16) Organic Parasite Treatment (Rawatan parasit Organik)
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Sumber dan bacaan lanjut:
1. https://draxe.com/myrrh-oil
http://articles.mercola.com/herbal-oils/myrrh-oil.aspx
2. https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html
3. http://www.sustainablebabysteps.com/myrrh-essential-oil.html
4. http://www.m.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-570/myrrh
5. http://gentleworld.org/magical-and-medicinal-frankincense-and-myrrh/



Hubungi saya sekarang. 0194402211.


Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.