Khamis, 27 Julai 2017

Motivasi terbaik bukan wang tetapi anjing gila


Berapakah modal untuk membeli seekor anjing gila? Sebelum itu, adakah orang nak beli anjing gila? Tak apa lah. Kita anggarkan sahaja rm2.

Sekarang, masukkan seekor anjing gila ke dalam sangkar dan letakkan rm2 bersama anjing gila itu.

Mari kita buka tawaran. Siapa sanggup masuk ke dalam sangkar tersebut maka wang rm2 itu akan jadi miliknya.

Sejujurnya jika anda yang diberi tawaran ini apakah yang menyebabkan anda tidak berminat melakukannya?

A.  Anda tidak berminat dengan wang.
B.  Anda tidak mahu digigit anjing gila.

Mari kita cuba eksperimen kedua.

Masukkan sangkar tadi ke dalam bilik berukuran 10 kaki darab 10 kaki.
  
Keluarkan anjing gila dari sangkar tetapi biarkan berkeliaran di dalam bilik itu.

Anda dimasukkan ke dalam bilik tersebut secara paksa. Pintu bilik dikunci tetapi pintu sangkar terbuka. Wang rm2 tadi masih di dalam sangkar.

Apa tindakan anda?
A.  Cepat-cepat masuk ke dalam sangkar dan tutup pintunya. 

B.  Cuba berbaik-baik dengan anjing gila.
Saya percaya anda akan pilih cadangan A. Soalan sebenar untuk eksperimem bodoh ini ialah kenapa anda pilih A?

Adakah kerana anda inginkan wang tersebut atau sebab anda tidak mahu dikerkah anjing gila?

Justeru saya katakan motivasi terbaik bukan wang tetapi anjing gila.

Kenapa saya letak rm2 bersama anjing gila? Kenapa saya nilaikan rm2 sama dengan harga anjing gila?

Saya percaya kebanyakan manusia akan melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh untuk keluar dari ketakutan berbanding melakukannya kerana inginkan kebaikan.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.