Isnin, 31 Julai 2017

Tips jadi kaya masa orang tiada duit

Dalam keadaan kos hidup makin tinggi, lebih baik cari jalan untuk tingkatkan pendapatan.

Ini bukanlah rahsia sulit sangat namun ramai yang terlepas pandang perkara ini.

Konsepnya mudah; orang ramai sedang hadapi masalah dan anda tawarkan penyelesaian.

Di zaman meleset ramai yang mencari jalan untuk tambah pendapatan.

Samada ekonomi meleset atau tidak orang ramai tetap perlukan rawatan.  Tawarkan mereka produk yang harganya lebih rendah (rm10 sahaja) dan boleh disimpan lama.

Tidak perlu jual produk untuk penyakit merbahaya sebab tidak ramai pengidapnya.

Sebaliknya masalah kulit, luka, cedera ringan sentiasa berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Jika tidak dirawat akan melarat. Kalau ke klinik,  paling tidak terbang juga rm30.

Kalau beli produk yang selalu keluar iklan di radio dan tv,  faham-fahamlah harganya.

Begini caranya:

1. Kumpulkan agen, bina networking sendiri. Saya boleh sediakan produk dengan peruntukan keuntungan untuk anda lebih 100%.
2. Jika 1 agen boleh jual 10 karton sahaja x 10 agen berjumlah 100 karton.
3. Jika 1 unit anda untung rm50 maka 100 karton anda dapat rm5000. Saya tulis tadi, ANDA UNTUNG. Untuk agen anda,  mereka ada keuntungan runcit peribadi.
4. Secara tak langsung anda telah bantu agen anda tambah pendapatan mereka.
5. Oleh kerana rekod repeat order produk saya memang tinggi maka Insyaallah pendapatan anda dan agen anda akan berterusan setiap bulan dan berpotensi untuk semakin meningkat.
6. Saya dah jual lebih 20 tahun produk ni pada pelanggan tetap.
7. Sebelum ini datuk dan ayah saya dah jual puluhan tahun.  Sampai sekarang anak cucu pelanggan mereka masih terus menjadi pengguna setia.
8. Tak cuba tak tau. Insyaallah.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.