Jumaat, 4 Ogos 2017

Mengimbau nostalgia zaman kegemilangan MLM

Bisnes paling popular sekitar 1990an ialah sistem pemasaran berkonsep multi level marketing (MLM). Antara syarikat yang awal berada di pasaran ialah Amway, berpengkalan di US. Jika ada lebih awal dari itu mungkin ketika saya masih kecil atau belum lahir.

Selain Amway sudah tentu banyak lagi syarikat  seumpamanya ditubuhkan di seluruh dunia. Ia adalah fenomena yang sempat menyentak perhatian masyarakat seantero dunia.

Apabila muncul syarikat baru seperti Fortune, ramailah leader & ahli Amway pindah ke situ. Kemudian syarikat tempatan seperti Cosway dan Revell pula muncul. Sebahagian agennya lari ke syarikat baru pula.

Ada satu kepercayaan bahawa ahli awal dalam sesebuah syarikat MLM akan lebih berjaya. Walaupun kebanyakan 'ulama' MLM mengatakan ia adalah dongeng dan 'kurafat' namun oleh kerana ramai yang percaya maka selalunya ia benar2 berlaku.

Dalam pada itu (mungkin juga oleh kerana itu)  macam2 syarikat MLM baru muncul. Leader & agen yang kurang berpuas hati dengan syarikat lama atau ingin menjadi pioneer berpindah dari satu syarikat ke syarikat lain. Biasanya secara beramai2 dalam kelompok besar.

Apapun tanggapan orang ramai,  Awmay masih beroperasi di Malaysia hingga kini.

Sistem perniagaan MLM sempat melalui zaman gemilang dan bertahan agak lama. Semasa di kemuncak, para leader mampu bergaya dengan pendapatan 4-5 angka sebulan. Masa itu gaji cikgu paling banyakpun rm800-1200. Itupun yang dah kerja lebih 10 tahun.

MLM akhirnya bukan sahaja tersisih malah menjadi momokan. Padahal pada suatu ketika ia membantu melahirkan ramai usahawan dan jutawan. 

Jasa MLM bukan setakat melahirkan jutawan segera malah jauh lebih besar dari itu. Ia bukan sahaja menukar pengguna menjadi agen malah memberi pendedahan asas keusahawanan. 

MLM membuka mata ramai orang Melayu menjadi ahli perniagaan sebenar dan akhirnya mampu membuka syarikat pemasaran sendiri atau menjadi pengeluar produk.

Rahsianya, semasa menjadi leader sesebuah syarikat MLM mereka belajar membina networking. Leader yang baik mempunyai follower (dulu tiada istilah ini) yang akan menyokong apa sahaja produk atau nama syarikat yang dibawa.

Akhirnya leader berkenaan berfikir bahawa lebih baik keluarkan produk sendiri atau tubuhkan syarikat pemasaran sendiri.

Tidak ada sesuatu yang besar boleh dilakukan tanpa semangat. Demikian juga dalam membina empayar perniagaan melalui MLM.

Sesuatu yang similar dalam mana2 syarikat MLM ialah adanya nama2 pangkat seperti pengurus, ketua pengurus, pengarah, dan ketua pengarah kumpulan. Sering juga diberi nama khusus seperti gold, diamond,  emarald,  shappare dan lain2.

Pangkat2 tersebut bukanlah gelaran suka2 atau sekadar kosmetik. Ia adalah pangkat yang dicapai dengan jerih payah melalui satu set strategi mapan. Jika 1000 agen baru memasuki pasaran mungkin hanya 1-2 orang sahaja yang berjaya tiba di kemuncak.

Namun yang tercicir di pertengahan jalan bukanlah hilang segalanya. Bagi yang melakukan dengan segenap usaha, banyak kemahiran dan pengalaman berjaya dikutip. Ia adalah aset paling berharga yang kemudiannya dapat diterapkan pada syarikat sendiri.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.